Friday, 16 November 2012

Solat merupakan salah satu Rukun Islam yang lima.

Solat merupakan salah satu Rukun Islam yang lima.: * Solat merupakan salah satu Rukun Islam yang lima. Islam mewajibkan penganutnya mengerjakan solat sehari lima waktu. Meninggalkan solat dengan sengaja merupakan satu dosa besar. Dari Laman Web= http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1230715340048620

Wednesday, 14 November 2012

Perkara-perkara yang membatalkan solat (Tahun 3)

Pelajaran  : Pendidikan Islam
Tahun      : 3
Bidang      : Asas Ulum Syariah (Ibadah)
Tajuk       : Perkara-perkara yang membatalkan solat

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menyebut perkara-perkara yang membatalkan solat satu persatu
2. Menunjukkan tunjuk cara dengan bimbingan guru
3. Menulis (Batal) atau (Tidak Batal) pada pernyataan yang diberi

Langkah pembelajaran :
1. Guru meminta murid menyebut perkara-perkara tersebut satu persatu
2. Murid menunjukkan cara dengan bimbingan guru
3. Murid menjawab latihan bertulis

Penerapan nilai    :
Sentiasa menjaga solat daripada terbatal, menunaikan solat pada awal waktu. 


Perkara-perkara yang membatalkan solat.

1. Menggerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut.
2. Bercakap-cakap di dalam solat
3. Ketawa ketika solat
4. Membuka aurat dengan sengaja
5. Berhadas besar atau berhadas kecil
6. Berubah niat
7. Berpaling dada dari arah qiblat
8. Makan atau minum ketika solat
9. Terkena najis pada badan, pakaian atau tempat
10. Murtad

Kaifiat Solat Jenazah (Tahun 6)



Solat jenazah ialah solat 4 takbir yang dilakukan keatas mayat seseorang apabila ia meninggal dunia atau mati. Solat ini dikerjakan tanpa rukuk dan sujud. Hukum menunaikan solat jenazah adalah fardhu kifayah. Oleh itu, jika disesuatu kawasan itu tiada seorang pun yang mengetahui cara melakukan solat jenazah maka ia menjadi wajib keatas sebahagiannya untuk mempelajari cara melakukan solat jenazah.

Cara Melakukan Solat Jenazah.

1. Letakkan mayat didepan dengan kepalanya disebelah bahu kiri jamaah solat

2. Berdiri Tegak

3. Takbiratulihram

Takbiratul Pertama dan Niat (Lihat : Niat Solat Janazah)

"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."


"Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."


"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."


"Sahaja aku solat ke atas jenazah kanak-kanak perempuan ini 4 takbir fardhu kifayah makmum kerana Allah taala."


4. Kemudian Baca al-Fatihah

5. Takbir Kedua

Doa Selepas Takbir Kedua
Doa PendekDoa/salawat Panjang
Maksudnya : "Ya Allah, berilah selawat ke atas Nabi Muhammad, dan atas keluarganya sebagaimana Engkau pernah memberi rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluargannya. Dan limpahlah berkat atas nabi dan para keluarganya! sebagaimana Engkau telah pernah memberi berkah kepada Nabi Ibrahim dan para keluarganya. Diseluruh alam ini sesungguhnya Engaku yang Maha Terpuji.


6. Takbir Ketiga

Doa Selepas Takbir Ketiga:

Doa Pendek
Bagi jenazah lelaki
Bagi jenazah perempuan

Maksudnya : "Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia, sejahteralah ia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan luaskanlah tempat tinggalnya. Bersihkanlah ia dengan air, salji dan embun. Bersihkanlah ia dari segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kekotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya yang dahulu dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu dan gantikanlah pasangan hidupnya dengan pasangan yang lebih baik dari dahulu, dan masukkanlah dia ke dalam Syurga dan jauhilah ia dari azab kubur serta fitnahnya dan lindungilah ia dari azab api neraka.


7. Takbir Keempat

Doa Selepas Takbir Keempat :

Doa pendek

Bagi jenazah lelaki
Bagi jenazah perempuan
Maksudnya : "Ya Allah, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami dan janganlah engkau memberi kami fitnah sepeninggalannya, dan ampunilah kami dan dia dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman daripada kami, dan janganlah engkau jadikah hati kami dipenuhi penyakit dengki dan khianat terhadap orang-orang yang beriman. Ya tuhan kami sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

8. Salam

Salam kekiri dan kekanan

Kemudian bacalah doa.


Tuesday, 13 November 2012

Jenis-jenis Air

Secara kesimpulannya, air yang boleh dibawa bersuci dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu air hujan, air salji, air perigi, air mata air, air sungai, air laut dan air embun. Video ini menunjukkan mengenai jenis-jenis air yang boleh dibawa bersuci dan air yang tidak boleh dibawa bersuci. Dalam video ini juga diterangkan bahawa air dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu yang boleh dibawa bersuci, air yang tidak boleh dibawa bersuci dan kegunaan air mutlak. Selamat menonton.


Bersuci daripada najis

Najis dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :

1- Najis Mukhoffafah (najis ringan / cth: air kencing bayi lelaki berumur 2 tahun ke bawah yang masih minum susu ibu)
2- Najis Mutawassitoh (najis sederhana / cth: muntah, darah, nanah dll)
3- Najis Mughollazah (najis berat / cth: segala yang berkaitan dengan anjing dan babi)

Cara-cara untuk menyucikan najis tersebut adalah seperti yang ditunjukkan didalam video berikut:


Monday, 12 November 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.